Carian Maklumat...

Selasa, 30 Mac 2010

English Songs with Lyrics


IF YOU'RE HAPPY AND YOU KNOW IT...



If you're happy and you know it clap your hands.
If you're happy and you know it clap your hands.
If you're happy and you know it
and you face to show we show it,
If you're happy and you know it clap your hands.

If you're happy and you know it stamp your feet.
If you're happy and you know it stamp your feet.
If you're happy and you know it
and you face to show we show it,
If you're happy and you know it stamp your feet.

If you're happy and you know it shout "Horray!"
If you're happy and you know it shout "Horray!"
If you're happy and you know it
and you face to show we show it,
If you're happy and you know it shout "Horray!"

If you're happy and you know it do all three.
If you're happy and you know it do all three.
If you're happy and you know it
and you face to show we show it,
If you're happy and you know it do all three!

I LOVE U...



I love you,
You love me,
We're a happy family,
with a great big hug,
and a kiss from me to you,
Won't you say you love me TOO!

I love you,
You love me,
We're best friends like friends should be,
With a great big hug,
And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too

ARE YOU SLEEPING?



ONE TWO BUCKLE MY SHOE...



Isnin, 29 Mac 2010

Membaca suku kata






hehe tengok la anak-anak kita ni...tengah cikgu mengajar, ada yang menguap, ada yang tak buka buku, pusing sana pusing sini...jangan macam tu ya dik. belajar betul betul. kesian cikgu tau...walaubagaimanapun, alhamdulillah sudah ramai yang menunjukkan peningkatan dari segi pembacaan dan juga penulisan. Tahniah diucapkan. Selain guru, ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan kemajuan anak-anak mereka sendiri. Walau sesibuk mana pun kita, pendidikan anak-anak jangan diabaikan....

Isnin, 22 Mac 2010

Koleksi lagu kanak-kanak


Saya ada kuda...



ABC...



Alif Ba Ta...



Your Mother...



Tanya Sama Pokok...



Lagu Tiga Kupang...



Burung Kakak Tua...



Rasa Sayang Hei...



Anak Ayam...



Potong Bebek Angsa...



Oh Bulan...



Mari Shalawat...



Superman...



Isnin, 15 Mac 2010

Koleksi Pantun Kanak-kanak

PANTUN 4 KERAT

Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur

Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja

Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam

Burung Kakak Tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua

Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat

Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu

Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang

Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang

Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama

Ayun anak ayun
Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
Jangan tidur tinggi hari

Oh bulan mana bintang?
Atas puncak kayu ara
Oh tuan mana hilang?
Dalam dapur atas para

Buai kaduk-kaduk
Kaduk naik ke rimba
Panjang janggut datuk
Buat tali timba

Ahad, 14 Mac 2010

Selamat Bercuti

Cuti pertengahan penggal telahpun bermula pada 13.3.2010 dan akan berakhir pada 21.3.2010. Diharap murid-murid dapat membuat kerjarumah yang telah diberikan guru dengan sebaik mungkin (buat sendiri tau jangan suruk mak,ayah, kakak atau abang buatkan ek...ajarkan boleh). Semoga buka sekolah nanti adik-adik akan lebih bersemangat lagi untuk belajar.

Selamat bercuti diucapkan kepada murid-murid Pasekolah Nadi Pintar dan juga Cikgu Zalina....

Selasa, 9 Mac 2010

Hari ini murid-murid dicutikan

A'kum,

Hari ini murid-murid prasekolah Nadi Pintar dan juga murid SKSPS tahap 1 dicutikan kerana Pn. Zalina dan beberapa orang guru SKSPS telah ditugaskan untuk menjadi jurulatih sukan MSSC di SK Peserian. Sekian...

Khamis, 4 Mac 2010

Aktiviti hari ini bersama murid

Hari ini murid-murid dibimbing oleh guru dan dibantu oleh PPM melakukan aktiviti menampal kertas surat khabar pada belon.

Mula-mula belon ditiup dan diikat.

Setelah siap diikat, kertas surat khabar dipotong kecil-kecil dan ditampal di atas permukaan belon (sehingga menutup keseluruhan permukaan belon).

Kemudian, kertas surat khabar yang lain diambil dan dipotong kecil kecil berbentuk segi empat dan digulung untuk dijadikan seperti duri buah durian.

Duri-duri buah durian tersebut kemudiannya ditampal di permukaan belon yang telah dilitupi dengan surat khabar tadi sehingga menjadi seakan-akan sebiji buah durian.

Setelah siap, buah durian tersebut digantung. Sekian...(tak ada kamera, jadi tak ada lah gambar)



(disediakan oleh: Wan PPM Prasekolah SKSPS)

Rabu, 3 Mac 2010

Program Peluasan Prasekolah (sekadar info)

Senarai Sekolah Yang Terlibat Dalam Program Peluasan Prasekolah

SK SERI GADING

SK PARIT LAPIS

SK PARIT BILAL

SK SERI TELOK

SK TENAGA SEPAKAT

SK SERI BINJAI

SK PINTAS PUDING

SK PINTAS RAYA

SK SERI SABAK UNI

SK SERI AMAN

SK JELOTONG

SK SERI PANDAN

SK SERI PULEH

SK KORIS

SK SENGGARANG

SK PARIT KEMANG

SK SERI REJO SARI

SK RENGIT

SK SERI MERLONG

SK PARIT SULONG

SK SERI PASIR

SK SERI DAYONG

SK PESERAI

SK SERI MAIMON

SK AIR HITAM

SK SERI YONG PENG

SK BUKIT KUARI

SK SERI BERTAM

SK TAMAN SERI KOTA

SK BANANG JAYA

SK SRI RENGIT

SK LIMPOON 1

SK LIMPOON 2

SK TENGKU MARIAM

SK SERI UTAMA

SK SG KAJANG

SK SERI LAKSANA

SK SRI COMEL

SK PENGHULU SALLEH

SK SERI SEPARAP

SK TEMENGGONG IBRAHIM PENGGARAM

SK BUKIT SOGA

SK SERI BEROLEH

Anda Pengunjung Ke...