bismillah Pictures, Images and Photos

Carian Maklumat...

Isnin, 20 September 2010

Aktiviti Marhaban Prasekolah

Setiap hari persekolahan sepanjang bulan Syawal ini, guru prasekolah dan PPM telah membawa murid-murid prasekolah berkunjung (marhaban) ke rumah salah seorang murid mengikut giliran yang telah ditetapkan. Marhaban ini bermula dari jam 10 pagi hingga 11 pagi. Tujuan marhaban ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga prasekolah dan komuniti dan dijadikan sebagai satu aktiviti luar yang menarik kepada murid-murid. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang tatasusila dan adab-adab sopan ketika berkunjung ke rumah orang lain. Gambar murid-murid semasa marhaban akan dimasukkan kemudian.



Origami

sumber :http://en.origami-club.com//



























Ahad, 5 September 2010

Peruntukan Makan Prasekolah 2010

Alhamdulillah...saya mendapat maklumat bahawa bermula Ogos 2010, peruntukan makan bagi seorang murid prasekolah telah dinaikkan dari RM1.50 kepada RM 1.80. Walaubagaimanapun bagi prasekolah yang mempunyai murid kurang daripada 25 orang pula, lebihan peruntukan hendaklah dipulangkan kepada JPN.

Cuma saya confuse, lebihan peruntukan yang hendak dipulangkan bermula dari Januari 2010 atau bulan Ogos hingga Disember 2010 sahaja? Harap sesiapa yang maklum tentang perkara ini dapat dikongsikan di sini.

Anda Pengunjung Ke...