bismillah Pictures, Images and Photos

Carian Maklumat...

Isnin, 20 September 2010

Aktiviti Marhaban Prasekolah

Setiap hari persekolahan sepanjang bulan Syawal ini, guru prasekolah dan PPM telah membawa murid-murid prasekolah berkunjung (marhaban) ke rumah salah seorang murid mengikut giliran yang telah ditetapkan. Marhaban ini bermula dari jam 10 pagi hingga 11 pagi. Tujuan marhaban ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga prasekolah dan komuniti dan dijadikan sebagai satu aktiviti luar yang menarik kepada murid-murid. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang tatasusila dan adab-adab sopan ketika berkunjung ke rumah orang lain. Gambar murid-murid semasa marhaban akan dimasukkan kemudian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Pengunjung Ke...