Carian Maklumat...

Rabu, 23 November 2011


Kami warga Prasekolah Nadi Pintar 2011 ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua guru-guru dan kawan-kawan...Cuti cuti gak tapi buku jangan dilupa...Jumpa lagi tahun depan...bye...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Daerah Batu Pahat 2011










"Masih banyak yang perlu kami perbaiki"...rasanya itulah yang terbaik untuk kami guru prasekolah dan PPM Prasekolah SK Seri Padang Sari ungkapkan.

Karnival peringkat Daerah Batu Pahat telahpun berlalu (Khamis 13.10.2011 di SK Sri Medan)...mungkin sudah tiada rezeki kami untuk terus mara ke peringkat seterusnya...murid-murid kami yang mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita (BI n BM) tidak berjaya membawa pulang apa-apa pingat. Sedih namun itulah hakikat yang terpaksa kami terima...Walaubagaimanapun...tahniah diucapkan kepada Abu Sufian dan Ain Amira Husna. Cikgu dan Cik Wan merasa bangga kerana mempunyai anak murid yang berani untuk tampil ke depan. Kami yakin adik Sufian dan Ain Husna telah memberikan yang terbaik namun bukan rezeki kita...Semoga kalian akan terus berusaha dan berjaya di masa akan datang. 

Walaupun kalah, kami tidak akan berputus asa. Tahun 2012 masih ada untuk kami meneruskan perjuangan...jadikan kekalahan kali ini sebagai panduan dan keazaman untuk terus maju dan berjaya di tahun-tahun akan datang...kejayaan tidak akan datang bergolek...kami akan perbaiki apa yang kurang...

Bagi mereka yang berjaya (Zon Semerah)...SK Seri Utama (Sajak), SK Penghulu Salleh (Nyanyian Solo) dan SK Peserai (Mewarna)...teruskan usaha anda untuk menjadi juara di peringkat negeri pula. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan...All the best!

Ahad, 25 September 2011

Karnival Pendidikan Prasekolah 2011 di SK Seri Padang Sari



Selesai sudah Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Zon Semerah Tahun 2011 yang telah diadakan pada hari Sabtu 24.9.2011 bertempat di SK Seri Padang Sari. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi - 8.30 pagi, seterusnya pada jam 8.30 pagi pertandingan dimulakan. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Sajak, Nyanyian Solo dan Tilawah telah tamat lebih kurang pukul10 pagi manakala acara mewarna tamat pukul 10.30 pagi.



Alhamdulillah...2 orang wakil Prasekolah Nadi Pintar, SK Seri Padang Sari iaitu adik Abu Sufian (Bercerita BM) dan adik Ain Husna (Bercerita BI) telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan. Mereka akan mewakili Zon Semerah ke pertandingan Peringkat Daerah pada hari Sabtu (1.10.2011). Semoga mereka akan terus menjadi juara dan mara ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah juga diucapkan kepada adik Rabiatul Adawiyah kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam acara Nyanyian Solo. Adik Rabiatul telah menyampaikan lagu Oh Ibu dan Tanggal 31. Walaupun baru berusia 5 tahun namun adik Rabiatul telah menunjukkan bakat dan kemampuannya untuk bersaing dengan peserta-peserta yang lain. Diharapkan bakat beliau akan lebih terserlah bila berumur 6 tahun nanti insyaAllah

Syabas juga diucapkan kepada adik Amri, Iqbal, Ayuni dan Suhada yang telah mewakili prasekolah dalam pertandingan mewarna...walaupun tidak berjaya, namun semangat dan usaha yang ditunjukkan amatlah kami hargai...

Semoga berjumpa lagi di Karnival Peringkat Daerah nanti...Good Luck for Abu Sufian and Ain Husna...buktikan yang SKSPS BOLEH!

Khamis, 22 September 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah SKSPS 2011






SK Seri Padang Sari telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya pada hari Khamis 22.9.2011. Majlis dimulakan dengan persembahan oleh murid-murid prasekolah diikuti oleh persembahan murid-murid tahun 1 hinga 6. Selepas persembahan tamat, majlis diteruskan dengan jamuan hari raya di mana hidangannya adalah ketupat nasi + rendang daging + kuah lodeh + kuah kacang dan kuih-muih yang dibawa oleh murid-murid dan juga guru serta kakitangan sekolah. Majlis tamat pada pukul 11.00 pagi...

Isnin, 12 September 2011

Karnival Prasekolah 2011

Karnival Prasekolah Peringkat Zon Semerah akan diadakan pada 24.9.2011 bertempat di SK Seri Padang Sari...sebanyak 8 acara yang akan dipertandingkan iaitu:

1. Bercerita B. Melayu  ( Abu Sufian)
2. Bercerita B. Inggeris (Ain Amira Husna)
3. Hafazan / Tilawah (tiada wakil)
4. Deklamasi Sajak (tiada wakil)
5. Nyanyian Solo (Rabiatul Adawiyah)
6. Tarian Rampai (tiada wakil)
7. Mewarna (Shaiful Amri, Hanis Ayuni, Nur Shuhada, M. Iqbal Asyraf)
8. Bijak Prasekolah (Ain Amira Husna)

Acara yang digugurkan ialah Nyanyian dan Gerakan, Blok Kreatif dan Kraftangan dan digantikan dengan Pertandingan Bijak Prasekolah

Semoga anak-anak kita ini dapat memberikan persembahan yang terbaik semasa pertandingan nanti. Good Luck from Cikgu Zalina dan Cik Wan...All the best!!!

Khamis, 25 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Merdeka!!!





Tinggal 1 hari je lagi persekolahan selepas tu 1 minggu cuti...Kebetulan raya tahun ni jatuh pada hari cuti persekolahan. Jadi tak ada la cuti ganti. Seronok betul tengok anak-anak prasekolah kita bila sebut pasal raya terutamanya mereka yang berjaya puasa penuh. Cikgu dan Cik Wan ingin mengingatkan anak-anak semua supaya jangan main mercun. Nanti tak pasal-pasal ada yang hilang... nauzubillah...ngeri kita dengar kan..Putus sana, putus sini dan ada yang buta akibat mercun. Seronok hanya beberapa saat tapi sakitnya sepanjang hayat...Ingat tu ya anak-anak.

Ok lah...di kesempatan ini kami warga Prasekolah Nadi Pintar ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 54. Maaf zahir dan batin.

Ahad, 7 Ogos 2011

Aktiviti Membuat Beg



Aktiviti hari ini ialah menghias beg yang telah dibuat oleh Cik Wan. Murid-murid diminta untuk menghias beg mengikut kreativiti masing-masing. Memang kreatif anak-anak kita ni. Hasilnya cantik dan menarik.

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Berpuasa



Kami mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia...Semoga kita mendapat banyak keberkatan di bulan yang mulia ini....

Murid-murid Prasekolah Nadi Pintar juga digalakkan berpuasa walaupun puasa separuh hari. Bagi yang berjaya puasa penuh, kami ucapkan tahniah dan syabas. Bukan senang sebenarnya nak melatih anak-anak kecil ini menahan diri dari makan dan minum...Namun begitu, sekiranya dari kecil telah dilatih, insyaAllah tiada masalah lagi untuk mereka berpuasa sebulan penuh apabila mereka aqil baligh nanti.


FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzursyar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabdaNabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaanAllah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
                     
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)





NIAT PUASA RAMADHAN


Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


sumber : http://zelo55.com

Isnin, 25 Julai 2011

Prasekolah Nadi Pintar Dilanggar Garuda...

Lokasi kejadian : Laman Prasekolah Nadi Pintar, SK Seri Padang Sari

Waktu kejadian : Hari Ahad (17.7.2011)

Suspek : disyaki Atuk, Nenek, Adik, Abang, Kakak dan sedara-mara yang suka bergayut atas pokok...

Jumlah kerugian: beberapa RM juga la...

penat tau nak buat semula benda-benda ni. Kalau diorang ni nak sama-sama gotong-royong buat semula ok juga...mana tahu lagi kreatif dan inovatif kan...





Rabu, 22 Jun 2011

Video sukan prasekolah




Sukan Tahunan Sekolah 2011



Tamat sudah acara sukan tahunan (Padang dan Balapan) 2011 yang telah diadakan di padang SK Seri Padang Sari. Sukan ini terbahagi kepada 3 buah rumah iaitu Kuning (Abu Bakar), Biru (Ibrahim) dan Merah (Ismail). Tahniah diucapkan kepada rumah Abu Bakar kerana menjadi Johan selama 2 tahun berturut-turut (2010 & 2011).

Julung kalinya acara sukan tahun ini dimulakan dengan perbarisan. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti dirancang...

Walaupun semalam hujan lebat, dan pagi tadi hujan renyai-renyai namun acara sukan ini dapat juga diteruskan. Dengan keadaan padang yang sedikit becak tidak mematahkan semangat anak-anak murid prasekolah Nadi Pintar dan murid-murid SK Seri Padang Sari bertanding untuk menang dalam semua acara yang dipertandingkan.

Murid-murid prasekolah turut terlibat dalam 3 acara iaitu Larian Relay, Larian 70M (kategori 5 thn dan 6 thn) dan pertandingan "siapa cepat dia dapat".

Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat...Semoga dengan adanya aktiviti sukan sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru, murid-murid, kakitangan sekolah dan juga ibu-bapa. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan...Majulah sukan untuk negara....Wassalam

Khamis, 16 Jun 2011

Latihan Rumah Sukan 2011



Selama 2 hari (Rabu dan Khamis) murid-murid Prasekolah Nadi Pintar menjalani latihan (Larian Relay dan larian 70M) bagi Kejohanan Padang dan Balapan Tahunan Sekolah Kali ke-14 yang akan diadakan pada hari Khamis 23.6.2011. Seronok betul anak-anak ini berlari-lari di padang. Geli hati pun ada bila kita suruh anak-anak ni buat larian relay...cikgu suruh lari dia pun lari laaa...dah tak nampak lorong dah...janji baton tu sampai kat tangan kawan...hehehe mula-mula je tapi bila dah dilatih oleh cikgu zalina, baru la ok sikit. Ok la anak-anak ku sayang. Good Luck. Semoga banyak dapat hadiah di hari sukan nanti...All the best!

Selasa, 7 Jun 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011



Selama 3 hari bermula hari Selasa (24.5.11) hingga Khamis (26.5.11) murid-murid Prasekolah Nadi Pintar telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun.

Tujuan peperiksaan ini diadakan adalah untuk menguji tahap pencapaian murid-murid setelah 1/2 tahun belajar di prasekolah ini.

Alhamdulillah, ramai murid-murid yang dapat menjawab dengan cemerlang...dan ada yang mendapat 100% dalam semua subjek. Tahniah diucapkan kepada Ain Amira Husna. Semoga murid-murid yang lain pun dapat mengikuti jejak langkah kawan kita ni. Yang penting usaha...pasti kita semua akan berjaya.

Selain usaha cikgu Zalina mendidik anak-anak ini, ibu bapa juga turut membantu mendidik anak mereka di rumah sehingga mereka berjaya...Sesibuk mana pun kita, pelajaran anak-anak jangan diabaikan...wassalam

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru

16 MEI 2011....



Kami warga prasekolah Nadi Pintar ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Cikgu Zalina....hanya Allah yang dapat membalas jasa baik cikgu mendidik kami dengan penuh kesabaran dan kesungguhan. Maafkan salah silap kami ya cikgu...

Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

Hadiah Hari Guru untuk Cikgu Zalina dan Cik Wan...





Ikhlas daripada kami...
anak-anak murid
Prasekolah Nadi Pintar 2011

Isnin, 4 April 2011

Aktiviti Menggosok Gigi

Gosok...jangan tak gosok...
gosok...sampai hilang tahi gigi....

Haaa....aktiviti kali ini ialah menggosok gigi. Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk memberi tunjuk ajar kepada murid-murid cara menggosok gigi dengan betul. Aktiviti ini dijalankan setiap hari Khamis selepas waktu makan tengahari. Alhamdulillah, kami dapati ramai anak-anak prasekolah Nadi Pintar menjadikan aktiviti menggosok gigi ini sebagai amalan di rumah. Sebab itu la gigi adik-adik kita ni putih dan bersih...Jangan makan benda-benda manis atau gula-gula banyak sangat tau dik...nanti gigi cepat rosak.






Anda Pengunjung Ke...