bismillah Pictures, Images and Photos

Carian Maklumat...

Ahad, 25 September 2011

Karnival Pendidikan Prasekolah 2011 di SK Seri Padang Sari



Selesai sudah Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Zon Semerah Tahun 2011 yang telah diadakan pada hari Sabtu 24.9.2011 bertempat di SK Seri Padang Sari. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi - 8.30 pagi, seterusnya pada jam 8.30 pagi pertandingan dimulakan. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Sajak, Nyanyian Solo dan Tilawah telah tamat lebih kurang pukul10 pagi manakala acara mewarna tamat pukul 10.30 pagi.



Alhamdulillah...2 orang wakil Prasekolah Nadi Pintar, SK Seri Padang Sari iaitu adik Abu Sufian (Bercerita BM) dan adik Ain Husna (Bercerita BI) telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan. Mereka akan mewakili Zon Semerah ke pertandingan Peringkat Daerah pada hari Sabtu (1.10.2011). Semoga mereka akan terus menjadi juara dan mara ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah juga diucapkan kepada adik Rabiatul Adawiyah kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam acara Nyanyian Solo. Adik Rabiatul telah menyampaikan lagu Oh Ibu dan Tanggal 31. Walaupun baru berusia 5 tahun namun adik Rabiatul telah menunjukkan bakat dan kemampuannya untuk bersaing dengan peserta-peserta yang lain. Diharapkan bakat beliau akan lebih terserlah bila berumur 6 tahun nanti insyaAllah

Syabas juga diucapkan kepada adik Amri, Iqbal, Ayuni dan Suhada yang telah mewakili prasekolah dalam pertandingan mewarna...walaupun tidak berjaya, namun semangat dan usaha yang ditunjukkan amatlah kami hargai...

Semoga berjumpa lagi di Karnival Peringkat Daerah nanti...Good Luck for Abu Sufian and Ain Husna...buktikan yang SKSPS BOLEH!

Khamis, 22 September 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah SKSPS 2011






SK Seri Padang Sari telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya pada hari Khamis 22.9.2011. Majlis dimulakan dengan persembahan oleh murid-murid prasekolah diikuti oleh persembahan murid-murid tahun 1 hinga 6. Selepas persembahan tamat, majlis diteruskan dengan jamuan hari raya di mana hidangannya adalah ketupat nasi + rendang daging + kuah lodeh + kuah kacang dan kuih-muih yang dibawa oleh murid-murid dan juga guru serta kakitangan sekolah. Majlis tamat pada pukul 11.00 pagi...

Isnin, 12 September 2011

Karnival Prasekolah 2011

Karnival Prasekolah Peringkat Zon Semerah akan diadakan pada 24.9.2011 bertempat di SK Seri Padang Sari...sebanyak 8 acara yang akan dipertandingkan iaitu:

1. Bercerita B. Melayu  ( Abu Sufian)
2. Bercerita B. Inggeris (Ain Amira Husna)
3. Hafazan / Tilawah (tiada wakil)
4. Deklamasi Sajak (tiada wakil)
5. Nyanyian Solo (Rabiatul Adawiyah)
6. Tarian Rampai (tiada wakil)
7. Mewarna (Shaiful Amri, Hanis Ayuni, Nur Shuhada, M. Iqbal Asyraf)
8. Bijak Prasekolah (Ain Amira Husna)

Acara yang digugurkan ialah Nyanyian dan Gerakan, Blok Kreatif dan Kraftangan dan digantikan dengan Pertandingan Bijak Prasekolah

Semoga anak-anak kita ini dapat memberikan persembahan yang terbaik semasa pertandingan nanti. Good Luck from Cikgu Zalina dan Cik Wan...All the best!!!

Anda Pengunjung Ke...