Carian Maklumat...

Sabtu, 7 Mac 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH DIBUKA SEKARANG!!!


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH SK SERI PADANG SARI TAHUN 2015
1. Kanak-kanak yang mepunyai status Warganegara Malaysia Sahaja.
2. Terbuka untuk murid-murid berumur 5 & 6 tahun
3. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang ibu/bapa/penjaga berpendapatan rendah.
4. Permohonan kemasukan Program Pendidikan Prasekolah tahun 2015 akan dibuka mulai 1 April 2015 sehingga 31 Julai 2015.
5. Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat sekolah.
6. Bilangan murid di dalam sebuah kelas prasekolah arus perdana adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.Tiada istilah menumpang di kelas prasekolah.
7. Prasekolah akan mengeluarkan surat jawapan lulus/gagal kepada penjaga murid yang terlibat dan pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke prasekolah bagi murid yang lulus.
8. Surat pemberitahuan permohonan berjaya /tidak berjaya akan dikeluarkan selewatnya pada 31 Oktober 2015
* Sila sertakan dokumen seperti dibawah semasa membuat pendaftaran:-
Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-
1. Salinan surat beranak
2. Salinan bil elektrik / telefon / air ( bukti alamat )
3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
4.Sijil anak angkat (sekiranya berkaitan)
5.Salinan penyata pendapatan / slip gaji ibu bapa / penjaga
Sebarang pindaan tertakluk arahan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
Masa pendaftaran :
Ahad hingga Khamis ( 8.00 pagi – 4.00 petang )
Rehat                      ( 1.00 petang – 2.00 petang )
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JULAI 2015

Anda Pengunjung Ke...